Tentang Kami
Objektif
Menjana Islam Syumul Dalam Kalangan Ummah Melalui :
- Menyediakan Prasarana Institusi Islam Dan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Yang Terbaik , Cekap , Dan Berkesan.
- Memberi Pendidikan Agama Yang Kukuh Kepada Umat Islam Di Negeri Selangor
- Merancang , Melaksanakan, Dan Memantau Program Dakwah Kepada Semua Lapisan Masyarakat.
- Merancang, Melaksanakan, Dan Memantau Program Pembangunan Keluarga Islam.
- Menguatkuasakan Undang-undang Hal Ehwal Islam Yang Sedia Ada Dan Terpakai.
- Meneruskan Keunggulan Institusi Masjid Ke Arah Perpaduan Dan Pembangunan.
Mukaddimah
Junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) semasa berhijrah ke Madinah telah menegaskan satu tradisi apabila baginda membina masjid yang pertama didunia sebaik sahaja baginda tiba dan berhenti di Quba’ (iaitu perhentian pertama berhampiran kota Madinah).
Semenjak itu ia telah menjadi satu amalan (sunnah) semua para Sahabat, Tabiin, serta pengikutnya . Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai Amir yang menerajui kepimpinan hal ehwal agama Islam (yang juga adalah agama rasmi Negara) telah menyempurnakan Sunnah Baginda Rasulullah (SAW) dengan titah Duli Yang Maha Mulia Baginda supaya dibina sebuah masjid sebaik sahaja Shah Alam dijadikan Ibu Negeri yang baru menggantikan Kuala Lumpur yang menjadi Ibu Negara Malaysia.
VISI
Untuk menjadikan Masjid Negeri pusat kegiatan ummah dan lambang terpancarnya nikmat fizikal, material serta spiritual di dalam mencari keredhaan Allah SWT
MISI
Untuk menjadikan Masjid Negeri sebagai masjid terbaik,terindah, menjadi contoh bertaraf dunia dan menjadi lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi negeri serta diredhai oleh Allah SWT.
Pejabat Pengurusan
Pengurusan Pejabat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terdiri daripada beberapa bahagian, antaranya Pentadbiran & Kewangan, Informasi & Penerbitan, Pengimarahan, Pengajian & Pendidikan dan Pusat Pembangunan Sosial.
Semua bahagian ini diketuai oleh Pengarah JAIS, S.S. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad serta Imam Besar MSSAAS, Muhammad Farhan bin Wijaya.