TAWARAN SEBUTHARGA PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN
Tue 4 رجب 1445AH 16-1-2024ADHALAQAH RAMADAN 1445H/2024
Wed 10 رمضان 1445AH 20-3-2024ADTAWARAN TAJAAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN 1445H/2024M
Assalamualaikum wbt,
Y.Bhg.Tan Sri/Dato’ Sri/ Dato’/ Tuan/Puan
*TAWARAN TAJAAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN 1445H/2024M*
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Badan Kebajikan Islam dan Amal Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (BAKAAMAS) akan menganjurkan *Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramadhan 1445H/2024M*.
Program ini akan diadakan bermula 1 Ramadhan 1445H(12 Mac 2024M) sehingga 25 Ramadhan 1445H (5 April 2024M) dan akan diedar kepada orang ramai *selepas solat Asar*.
Butiran tajaan adalah seperti berikut :
1 hari : 1500 mangkuk
Harga : RM5.00/semangkuk
Jumlah : RM7,500.00/sehari.
Sumbangan boleh dibuat secara tunai atau cek berpalang seperti butiran berikut :
*Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)*
*Nama Akaun : BAKAAMAS*
*No. Akaun: 12038010117305*
*Ref : Bubur Lambuk 2024*
Tarikh tutup pada *1 Mac 2024 (Jumaat)*
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Siti Jamaliah ditalian www.wasap.my/601133986206/buburlambukMSSAAS
Sumbangan ikhlas daripada Y.Bhg.Tan Sri/ Dato’ Sri/ Dato’/Tuan/Puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
*Badan Kebajikan Islam dan Amal, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah*